fbpx

Dewan Rakyat lulus RUU anti hendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 anti-hendap.

Rang Undang-Undang itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, ia dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat untuk bacaan pertama pada 4 Ogos lalu.

Pindaan Kanun Keseksaan itu menjadikan mengintai, sama ada secara maya atau sebaliknya, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI