fbpx

Satu mata lagi buat Kedah ke Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Kedah meraikan kejayaan menumpaskan Melaka United 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. – FARIZ RUSADIO

KEMENANGAN tipis 1-0 ke atas Melaka United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin amat bermakna buat Kedah dalam perebutan slot ke pentas Piala AFC musim depan.

Gol tunggal daripada Muhammad Shakir Hamzah pada minit ke-19 menyaksikan skuad Helang Merah kini memerlukan satu mata sahaja lagi untuk mengesahkan status mereka sebagai naib juara Liga Super musim ini.

Justeru, pasukan yang akan menggunakan nama Darul Aman FC pada musim depan itu perlu mengelak daripada tewas kepada seteru utara tanah air, Perak dalam aksi terakhir liga di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu ini.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak yakin barisan pemainnya mampu meraih keputusan positif menentang skuad The Bos Gaurus hujung minggu ini berdasarkan prestasi ditampilkan ketika menewaskan Melaka United kelmarin.

“Ini bukan satu perlawanan yang mudah menentang Melaka yang memberikan tekanan hebat selepas kami berjaya menja­ringkan gol. Pujian harus diberikan kepada semua pemain atas persembahan dan komitmen yang ditunjukkan.

“Keputusan hari ini (kelmarin) bagus dari segi momentum dan semangat pemain untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Ia amat penting buat kami kerana Perak sangat kuat apabila bermain di tempat sendiri.

“Sudah tentu kami mahu menang, tetapi satu mata sudah mencukupi (ke Piala AFC). Jadi saya harap para pemain meneruskan persembahan yang bagus untuk meraih keputusan positif nanti,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Kedah ketika ini menduduki tangga kedua dengan 19 mata, satu mata mengatasi Perak di tempat ketiga sekali gus menyaksikan keputusan seri di Ipoh hujung minggu ini sudah memadai buat juara Piala FA musim lalu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI