fbpx

EPL: Steven Gerrard berang prestasi penyerang Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLLIE Watkins yang mengetuai jentera serangan Villa gagal merobek gawang Leeds ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan kelmarin. – AFP

LONDON – Kegagalan mendapatkan gol ketika seri tanpa jari­ngan dengan Leeds United membuatkan pengendali Aston Villa, Steven Gerrard hilang sabar dan menghamburkan kritikan ke­pada barisan penyerangnya.

Pada perlawanan di Elland Road kelmarin, Villa sepatutnya mampu membawa pulang tiga mata penuh memandangkan tuan rumah terpaksa bermain 10 orang ekoran la­yangan kad merah kepada Luis Sinisterra di awal babak kedua.

Keputusan itu sukar diterima oleh Gerrard ketika Villa memiliki kelebihan tersebut dan mahu penyerangnya tampil lebih baik untuk mengelak dihimpit kekecewaan sama pada perlawanan berikutnya.

“Adalah tidak adil jika saya tidak mempersoalkan kualiti barisan penyerang dan saya perlukan kualiti yang lebih baik. Kami mempunyai 19 percubaan ke arah gol dan 12 kali berjaya memasuki kawasan mereka, jadi kami perlu jadi lebih baik.

“Seperti dijangka, Leeds bertahan dengan baik, namun kami sudah lakukan yang terbauk, namun sudah pasti jika kami mampu­ hasilkan jaringan, ia akan jadi lebih istimewa.

“Kami tahu ke mana hala tuju pasukan, jadi kami perlukan lebih banyak gol kerana enam gol ketika ini belum cukup untuk kami berada di tahap terbaik musim ini.

“Sekarang saya bingung dan kecewa. Saya pasti pemain juga sama kerana kami sudah lakukan sehabis baik untuk memenangi perlawanan,” kata Gerrard.

Keputusan itu meletakkan Villa di tangga ke 14 EPL, sekadar kutip lapan mata hasil dua kemenangan dan dua seri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI