fbpx

Priyanka Chopra didiskriminasi sebab kulit gelap?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

BERGELAR wanita paling cantik di dunia selepas memenangi pertandingan Miss World 2000 bukanlah tiket untuk memudahkan perjalanan karier seni pelakon Priyanka Chopra.

Pada awal kemunculannya mewarnai persada seni hiburan Bollywood, Priyanka terpaksa bekerja keras untuk membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan.

Malah, pelakon itu pernah menjadi mangsa diskriminasi untuk diambil berlakon gara-gara kulitnya yang gelap.

Menerusi satu temu bual, produser filem Suneel Darshan memberitahu, kali pertama bertemu dengan Priyanka, hatinya terdetik bahawa wanita itu perlu melakukan sesuatu ke atas dirinya sendiri.

“Priyanka cantik. Namun dia memiliki beberapa kekurangan seperti kulitnya yang gelap. Tidak mudah untuk orang sepertinya masuk ke dunia Bollywood,” kata Suneel.

Suneel bagaimanapun percaya Priyanka mempunyai pesona lain kerana memiliki suara yang seksi dan mata yang besar.

“Suaranya kedengaran sungguh seksi ketika bercakap.

“Saya gembira apabila dia kini bergelar bintang antarabangsa bukan sahaja untuk industri perfileman Bollywood, bahkan juga di Hollywood,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI