fbpx

39,915 perniagaan berjaya didaftarkan SSM secara percuma melalui SPPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMAN Mohd. Yusof (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan agihan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) SSM pada wakil penerma sempena Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) Peringkat Negeri Sembilan di Politeknik Nilai, Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Sebanyak 39,315 perniagaan berjaya didaftarkan secara percuma oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) sejak Januari 2021 sehingga 31 Ogos lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merangkap Pengerusi SSM, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, daripada jumlah pendaftaran perniagaan itu, 18,001 melibatkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa manakala 21,314 orang usahawan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Sehingga 31 Ogos lalu, seramai 39,315 perniagaan yang berjaya di daftarkan secara percuma. Ia melibatkan sektor antaranya perniagaan borong, peruncitan, penginapan, servis makanan, pertanian, pengangkutan, kewangan dan takaful insurans.

“SSM memberi galakan kepada pelajar IPT dan usahawan kumpulan B40 untuk memanfaatkan SPPP yang telah diperkenalkan pada 23 Disember 2020. Kami beri peluang kepada mereka untuk mendaftarkan perniagaan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan sebarang fi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) peringkat Negeri Sembilan di Politeknik Nilai, Nilai di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azimah Abdul Aziz dan Pengarah Politeknik Nilai, Wan Zulkifly Wan Zakaria.

Dalam pada itu, Azman menjelaskan, SSM sebelum ini telah berjaya menganjurkan sebanyak empat sesi PUM secara dalam talian.

“Pada tahun ini, SSM menyasarkan penganjuran sebanyak enam sesi PUM22 iaitu di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta Kelantan.

“Ia termasuk secara fizikal dan dalam talian. Sesi PUM22 di Negeri Sembilan adalah sesi kelima yang dianjurkan pada tahun ini.
Melalui PUM22, peserta akan didedahkan dengan kesedaran dan perlindungan hak-hak pengguna agar mereka peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI