fbpx

Allahyarham Muhaimin anak soleh, suami romantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailan ( kiri) dan Nur Izwana ketika ditemui di kediaman mereka di Rantau Panjang selepas menerima faedah Perkeso hari ini

KLANG – Allahyarham Muhaimin Mohd. Said,34, yang terkorban selepas dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Haji Sirat di sini hujung bulan lalu disifatkan sebagai suami yang romantik dan anak yang bertanggungjawab.

Perkara itu didedahkan ibu arwah, Zailan Soid,73, apabila anak bongsu daripada enam beradik itu sempat menghantarnya ke klinik kesihatan Rantau Panjang bagi mengambil darah untuk rawatan kencing manis dan darah tinggi.

Katanya, arwah juga adalah anak yang selalu menukarkannya lampin pakai buang setiap malam bagi mengelakkan Zailan ke bilik air kerana bimbang perkara buruk berlaku termasuk terjatuh.

“Dua malam sebelum meninggal, arwah tinggal di rumah ini dan selalu menjaga makcik.

“Tahu-tahu kemalangan ( sehingga mengorbankan Muhaimin) siapa tidak terkejut. Dia yang sebelum ini menguruskan keperluan makcik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Berita berkaitan: Penghantar barang maut, seorang parah kemalangan lima kenderaan

Terdahulu, Zailan menerima kunjungan Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed yang menyampaikan faedah Perkeso milik arwah Muhaimin kepada balunya, Nur Izwana Othman, 26,.

Jelas Zailan, Allahyarham Muhaimin juga sentiasa memastikan kebersihan diri ibunya itu termasuk memotong kukunya.

Tambahnya, arwah anaknya itu sebelum ini bekerja sebagai kerani kilang di Pelabuhan Klang sebelum bekerja sebagai penghantar grab sejak dua tahun lalu.

“Dia (arwah Muhaimin) pernah cakap kalau dia tiada nanti bagaimana. Banyak dibelanjakan Muhaimin kepada saya. Duit tidak sama dengan nyawa namun ini ketentuan Allah dan makcik terima dengan reda,” ujarnya dalam nada sedih.

Sementara itu, Nur Izwana memberitahu, arwah suaminya itu akan selalu lewat keluar daripada rumah seolah-olah tidak mahu meninggalkannya.

“Dia suami yang sangat baik dan selalu tolong saya sampai arwah berat hendak pergi kerja serta pergi lambat.

“Kalau saya ada luka sedikit pun, dia akan sapu ubat dan pernah cakap sekiranya dia tiada siapa akan sapukan ubat. Bukan senang hendak dapat suami macam arwah,” katanya.

Mengulas lanjut, Nur Izwana berkata, dia berkenalan dengan arwah suaminya selama enam bulan sebelum bertunang pada Oktober tahun lalu sebelum mendirikan rumah tangga September lalu.

Kosmo! pada 23 September lalu melaporkan seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan yang tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat di sini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang melibatkan lima kenderaan itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal lain cedera parah. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI