fbpx

Tiada cubaan culik di Rembau, jangan sebar maklumat palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej tular cubaan culik palsu yang menyebabkan kegentaran awam. - Ihsan Media Sosial

REMBAU – Polis mengesahkan tiada cubaan culik kanak-kanak yang berlaku di beberapa lokasi di daerah ini termasuk taman perumahan seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya sudah melakukan semakan ke atas mesej tular berkenaan dan didapati tiada kejadian seperti yang didakwa tersebut.

“Pemantauan unit kereta peronda polis (MPV) tidak mengesan sebarang insiden mencurigakan dari mana-mana kenderaan khususnya van putih bernombor plat pendaftaran negara Thailand.

“Malah, sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan berlakunya kejadian cubaan culik di kawasan Rembau serta Lubok China,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai mesej tular dan menyebarkannya kerana boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya warga Rembau.

“Mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI