fbpx

Tiada lagi program ‘terkinja-kinja’ dibenar di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedah tidak lagi membenarkan sebarang penganjuran program yang boleh mencetuskan kelakukan luar tatasusila berkuat kuasa serta-merta.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah membuat ketetapan untuk tidak lagi membenarkan penganjuran Festival Mingguan Muda-Mudi yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kejadian muda-mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni seperti yang tular itu menjadi penanda aras kepada penganjuran sebarang aktiviti pada masa depan.

Katanya, sebarang aktiviti yang boleh merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan, tidak boleh diberikan sebarang ruang untuk ‘membiak’.

“Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti larian, berbasikal, pertandingan mencari harta karun, memancing dan lain-lain yang selari dengan undang-undang, garis program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan.

“Semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatan kuasa berkaitan pelesenan hiburan telah dimaklumkan mengenai hal ini dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi di Balai Seni di sini.

Acara berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI