fbpx

Azi dipercayai sudah berada di pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wartawan sedang menunggu di luar rumah keluarga Azi di Kampung Semat Jal, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Seorang wanita ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari ke Thailand selama lebih dua minggu dipercayai tiba di rumahnya Kampung Semat Jal, Tumpat dari Kuala Lumpur semalam.

Menurut sumber, wanita itu kini sudah bertemu dengan ahli keluarga di rumahnya.

Katanya, mangsa dipercayai dibawa pulang ke rumahnya semalam dengan bantuan pihak polis selepas beberapa hari berada di Bukit Aman.

“Difahamkan, Azi masih trauma dan keluarganya tidak membenarkan dia diganggu buat masa ini.

“Mangsa perlu banyak diberi kaunseling untuk menghilangkan tekanan selepas diculik selama lebih dua minggu sejak 13 September lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Wartawan ketika ini sedang menunggu di hadapan rumah Azi, namun keluarganya mengelak untuk ditemubual dan enggan membuka pintu pagar.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, mangsa diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia, Khamis lalu.

Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air.

“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI