fbpx

DeeDat Air Care perluas pasaran ke Brunei, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAZLINA (tengah) pada majlis pelancaran produk penyembur fabrik terbaharu keluaran syarikat di Bandar Botanik, Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM – Nama tokoh ilmuwan antarabangsa, Ahmed Husain Deedat atau lebih dikenali sebagai Ahmed Deedat te­lah memberi satu inspirasi buat seorang usahawan, Norazlina Yaakob mengeluarkan produk pewangi kereta di bawah jenama DeeDat Air Care bermula tahun 2020.

Pengasas syarikat DeeDat Air Care HQ berkata, minatnya yang mendalam untuk mengeluarkan produk kebersihan timbul semasa beliau dan suaminya, Rosman Kadir menjalankan perniagaan menawarkan perkhidmatan kereta sewa.

Jelas beliau, setiap kali kereta dipulangkan oleh pelanggan, maka proses pembersihan akan dilaksanakan termasuk memastikan kenderaan tersebut sentiasa wangi.

“Ada kalanya, bau wangi kereta itu masih ada selepas pelanggan memulangkan kenderaan tersebut, dari situ saya tekad untuk mengeluarkan produk pewangi kereta yang berkualiti bagi meneroka perniagaan yang berpotensi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk pe­­n­yembur fabrik di Bandar Botanik Klang baru-baru ini.

Norazlina menjelaskan, syarikatnya juga menghasilkan tiga produk pembersihan untuk segmen rumah, pejabat dan rumah serta tisu basah selain produk penyembur fabrik.

Tambah beliau, ketiga-tiga produk tersebut tidak mengan­dungi bahan terlarang bagi memastikan kesihatan pelanggan tidak terjejas untuk jangka masa panjang.

Produk yang dijual pada harga RM10 seunit dengan lapan varian itu pernah mencatat jualan sehingga RM800 sehari.

Mengulas mengenai produk tisu basah pula, Norazlina berkata, tisu tersebut sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk bayi.

Tambah beliau, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan yang bertindak seperti air dan sabun membersihkan wajah.

Mengulas mengenai peranca­ngan masa depan, Rosman berkata, sebagai usaha meluaskan rangkaian pemasarannya, syarikat bakal menambah lebih ramai pengedar dan peniaga dropship selain membantu mereka khususnya suri rumah dan individu menambah pendapatan bulanan mereka

“Jenama Dee­Dat kini semakin kukuh melalui sokongan yang di­terima daripada pengedar dan pe­langgan setia.

“Kini kami telah memasuki Singapura dan bercadang untuk memasuki pasaran Brunei dan Indonesia kerana permintaan semakin bertambah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI