PETALING JAYA – Setiap minggu, telatah pasangan pengacara program Gegar Vaganza musim ke-9, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein selalu mendapat perhatian ramai.
Selain rambut kusut Elly Mazlein menjadi tumpuan ramai selepas menari ketika nyayian Gadis Melayu oleh Fuad Rahman, tindakan Nabil membawa isterinya naik ke pentas menjadi sebutan ramai.
Difahamkan hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan Nabil dan pasangannya Nazirah Ayub buat kali ke-11.
“Semoga menjadi isteri yang baik, jaga anak-anak kita . Bukan senang nak jaga tiga orang anak setiap hari.
“Semoga hubungan kita berkekalan, hanya Allah sahaja yang mampu memisahkan kita, semoga Allah juga tutup pandangan saya terhadap wanita lain,” ungkap Nabil kepada isterinya.
Paling melucukan apabila Elly Mazlien atau lebih mesra Kak Lina menyanyikan lagu Dealova dari Once sebagai lagu latar bersama pemuzik ketika Nabil menyampaikan ucapan kepada Nazirah.
Momen tersebut turut tular di media sosial Twitter ketika ini, ramai yang mendoakan pasangan tersebut berbahagia sehingga akhir hayat.
” Nabil Ahmad, kenapa kau sweet sangat. Mengalir air mata jantan aku ni, selamat menyambut ulangtahun ke11 Nabil dan Zira,” tulis Kopi O Kosong.
“Happy anniversary Haji Nabil dan isteri . Kak Lina pula sentiasa comel dan menghiburkan,” kata RabiatuladawiyahJusof99. – KOSMO! ONLINE