fbpx

Wanita alami 3 tragedi ngeri dalam 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan roller coaster yang melibatkan Shylah pada hujung minggu lalu. - Antikanews

MELBOURNE – Tragedi menimpa seorang wanita di Australia yang cedera parah selepas dilambung permainan roller coaster di sebuah tapak pesta minggu lalu adalah kemalangan ngeri ketiga yang pernah berlaku ke atasnya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Mangsa, Shylah Rodden, 26, mengalami kecederaan parah dan kini berada dalam keadaan koma selepas dirempuh permainan ekstrem itu apabila cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di atas landasan.

Dia diheret sejauh sembilan meter sebelum dilambung ke udara dan terhempas ke atas tanah di hadapan pengunjung di tapak pesta Melbourne Royal Show.

Bapa Shylah, Alan, mendedahkan tragedi itu adalah yang ketiga berlaku ke atas anaknya dalam tempoh tiga tahun.

Gadis itu pernah terlibat dalam kemalangan kereta yang mengerikan pada 2019 dan 2021 yang turut mengakibatkan kecederaan parah pada anggota badannya.

Pada 2021 juga, Shylah dikejutkan dengan kematian abangnya dan bergelut menerima kenyataan tersebut.

“Kecederaan Shylah sangat serius dan doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan otak.

“Kami masih mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tuntutan saman atau tidak ke atas pihak pengurusan taman tema itu,” katanya.

Jurucakap Melbourne Royal Show,  Katie Scanlan berkata, semua permainan di tapak pesta itu telah menjalani pemeriksaan ketat dan memenuhi dokumen serta standard keselamatan ditetapkan.

Rata-rata pihak menyalahkan Shylah atas apa yang berlaku kerana dia didakwa bertindak cuai cuba mengutip telefon bimbit walaupun menyedari permainan itu masih belum berhenti bergerak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI