fbpx

Penduduk muda Britain semakin gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gejala obesiti kini lebih banyak dikesan dalam golongan muda dengan berat berlebihan yang lebih serius. - Healthline

LONDON – Pakar-pakar kesihatan di Britain meluahkan kebimbangan mengenai masalah berat badan berlebihan atau obesiti yang semakin serius sehinggakan boleh dikategorikan sebagai ‘pandemik’ baharu di negara itu, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut laporan, golongan yang cenderung berdepan masalah obesiti di negara itu adalah generasi muda.

Satu daripada empat orang dewasa dan satu perlima kanak-kanak berumur sepuluh hingga 11 tahun di Britain kini dipercayai mempunyai indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih dengan saiz pinggang yang besar, dikategorikan sebagai obes.

Ia boleh meningkatkan risiko kanser, serangan jantung dan strok, selain membawa kepada diabetes dan komplikasi yang berkaitan termasuk kerosakan saraf dan peredaran darah yang lemah.

Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan ulser yang akan mendorong kepada kemusnahan tisu dan tulang yang teruk sehingga pemotongan anggota badan diperlukan.

Pakar obesiti, Dr. Chinnadorai Rajeswaran berkata, perintah berkurung yang berlanjutan hingga dua tahun pada 2020 hingga awal 2022 menjadi punca utama lonjakan bilangan individu obes.

“Tempoh perintah berkurung yang lama menyebabkan ramai orang kesepian, mencetuskan kemurungan dan mereka mula beralih kepada makanan untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Mereka tahu ia tidak sepatutnya berlaku tetapi masih melakukannya kerana otak emosi berfungsi lebih cepat daripada otak rasional,” jelas Chinnadorai.

Tambah beliau, individu yang memiliki masalah berat badan memerlukan sokongan psikologi orang sekeliling.

“Kadar kemurungan yang dialami oleh mereka yang mempunyai berat badan berlebihan adalah sangat tinggi. Mereka tidak bersosial dan memiliki keyakinan diri yang rendah,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI