fbpx

PSSI gantung aksi Liga 1 seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIDEN rusuhan penyokong pada perlawanan antara Arema dan Persebaya di Malang kelmarin menyebabkan 127 orang dilaporkan maut. – AFP

JAKARTA – Insiden ‘berdarah’ yang mengorbankan sekurang-kurangnya 127 orang di Stadium Kanjuruhan, Malang menyebabkan Liga Bola Sepak Utama Indonesia (Liga 1) digantung selama seminggu serta-merta.

Pihak polis Indonesia mengesahkan bahawa 127 terkorban dan 180 lagi cedera berikutan rusuhan penyokong yang berlaku antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Rempuhan penonton yang menyerbu masuk ke kawasan padang memaksa polis melepaskan gas pemedih selepas para penyokong pasukan Arema FC dikatakan tidak berpuas hati sejurus kekalahan 2-3 kepada Persebaya Surabaya.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka akan memulakan siasatan de­ngan apa yang berlaku selepas meragut ratusan nyawa pada perlawanan berkenaan.

“Kami berdukacita dengan apa yang berlaku, semoga ini menjadi pelajaran paling berharga untuk semua.

“Kami mengumumkan untuk menangguhkan perlawanan itu selepas mendapat arahan daripada Pengerusi PSSI.

“Kami melakukan ini bagi menghormati segala yang berlaku dan sementara menunggu proses siasatan daripada PSSI,” kata Direktur PT Liga Indonesia Baru, Akhmad Hadian Lukita.

Dalam insiden berkenaan, pihak polis mengesahkan 34 maut di stadium dan 93 lagi meninggal di hospital. Lebih mengecewakan, dua yang turut terkorban adalah anggota polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI