fbpx

Cheng Hoe pamer bisa aksi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENDAN berjaya meledak dua gol ketika membantu Selangor mencatat kemenangan besar 5-0 mengatasi Melaka United kelmarin. – FB SELANGOR FC

KEHADIRAN Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih baharu Selangor FC ternyata membawa impak positif berdasarkan dominasi ditunjukkan ke atas Melaka United pada aksi Liga Super malam kelmarin.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu memastikan skuad Gergasi Merah kembali ke landasan kemenangan dengan pesta gol 5-0 ke atas Melaka United dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bagaimanapun, Cheng Hoe, 54, enggan mendabik dada awal, sebaliknya menegaskan juara 33 kali Piala Malaysia itu masih mempunyai banyak ruang yang boleh diperbaiki.

“Memang satu permulaan yang baik daripada pasukan. Ia memberikan keyakinan kepada pemain-pemain, tetapi dalam masa sama ada banyak juga ‘kerja rumah’ perlu ditingkatkan.

“Sebenarnya kita tak jangka menang dengan keputusan 5-0. Saya percaya kalau pemain-pemain diberi masa, mereka boleh meningkat lagi dari segi teknikal, fizikal dan pemahaman permai­nan.

“Kualiti pemain sedia ada memang mampu menyerap suasana dan corak permainan. Saya akan beri peluang secukupnya kepada semua pemain sebelum saya menilainya penghujung tahun ini,” katanya.

Lima gol Selangor kelmarin diperoleh menerusi dua jaringan kapten, Brendan Gan dan ma­sing-masing satu daripada Caion, Mohammad Nor Hakim Hassan serta Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Tugas Gergasi Merah dalam aksi itu lebih mudah selepas Me­laka United yang dibimbing Asri Ninggal beraksi dengan 10 pemain setelah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dilayangkan kad merah pada minit ke-74.

Selangor yang kini berada di tangga kelapan, mempunyai baki tiga perlawanan Liga Super musim ini menentang Petaling Jaya City FC pada 7 Oktober di­­ikuti Sarawak United (11 Oktober) dan Penang FC (15 Oktober).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI