fbpx

Surat Pembaca: Gagal ke UA, jangan hanya suka rangka dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IPTS disaran melihat kembali yuran pengajian agar tidak membebankan. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin memberikan ulasan tentang sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU) yang dipertikaikan dan dikatakan tidak adil dalam memilih calon ke Universiti Awam (UA).

Lebih mengecewakan, apabila yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) antara 3.75 hingga 4.00, juga gagal menyambung pelajaran.

Bagi saya, kerajaan perlu memikirkan satu kaedah baharu, sesuai dengan pertambahan bilangan pelajar yang semakin ramai layak dan memenuhi syarat untuk memasuki UA.

Salah satu cara mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) supaya pelajar lulusan diploma boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di IPTS tanpa memohon UPU.

IPTS perlu ada tanggungjawab sosial dan tidak hanya memikirkan keuntungan besar. Bantulah negara dengan memastikan kos pengajian di institusi berkenaan tidak membebankan.

Sampai masanya, kerajaan perlu memikirkan tenaga untuk membangunkan negara di masa depan melalui pendidikan yang dilihat semakin tidak tentu arah.

Sudahlah 71.1 peratus pelajar lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran, kita tidak mahu pelajar yang cemerlang dan berpotensi ini turut diabaikan dan dipinggirkan.

Kesudahannya nanti kita hanya berjaya merangka dasar pendidikan tetapi gagal melaksanakannya.

ABDULHAMID
TEMERLOH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI