fbpx

Surat Pembaca: Tiga lorong jadi lima, patutlah sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membuat lima laluan selepas tapak Plaza Tol Batu 3 menuju ke Kuala Lumpur.

SAUDARA PENGARANG,

Keputusan kerajaan menghapuskan kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan pada 31 Disember 2017 sememangnya melegakan kira-kira 300,000 pengguna laluan itu setiap hari.

Pemansuhan tol berkenaan bermakna setiap pengguna berjimat RM1.10 setiap hari. Penjimatan itu telah dinikmati orang ramai hampir lima tahun.

Bagaimanapun, kelegaan pengguna tidak berakhir di situ apabila mereka dihantui pula masalah lain iaitu kesesakan lalu lintas ekoran laluan itu menjadi tumpuan ramai.

Setiap pagi dan waktu pulang jalan sesak teruk, jalan yang sepatutnya tiga laluan menjadi lima. Semua orang bersesak dan mahu cepat sehingga memotong barisan.

Pada akhirnya, pengguna akan terperangkap selama hampir satu jam untuk laluan kira-kira 200 meter sahaja. Bukankah ia satu kerugian masa yang besar.

Bagi mereka yang bekerja di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, tambahan masa perjalanan diperlukan dan pada akhirnya pengguna menjadi sangat letih dan marah.

Saya berharap pihak berwajib tidak lepas tangan dan membiarkan keadaan itu berlarutan. Tolong lakukan sesuatu dengan menandakan laluan di sana bagi memudahkan pengguna jalan raya.
Hampir satu jam terpaksa meredah kesesakan yang hanya kira-kira 200 meter sahaja setiap hari.

MAHU CEPAT
Seksyen 33, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI