fbpx

Dua kilang disyaki cemar Sungai Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Kabul putih dan berbuih.

SHAH ALAM – Dua buah kilang di kawasan Perindustrian Mahkota, Beranang dekat sini dipercayai menjadi punca pencemaran di Sungai Kabul, semalam.

Pengesanan kedua-dua kilang itu masing-masing menjalankan perniagaan pembekalan bahan binaan dan peralatan taman serta produk alumunium dilakukan menerusi Ops Sumber Air bermula pukul 11.30 pagi.

Jarak antara dua kilang itu dianggarkan 1.3 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, pencemaran itu awalnya dikesan menerusi pemantauan rutin Lembaga Urus Air Selangor (LUASK di Lembangan Sungai Langat yang mengesan aliran air berwarna putih dan berbuih di Sg. Kabul.

Katanya, sejurus itu siasatan bersepadu dilakukan LUAS bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) di hulu sungai.

“Siasatan lanjut ke sebuah premis kilang yang menjalankan perniagaan pembekalan bahan binaan dan peralatan taman di kawasan Perindustrian Mahkota, Beranang menemukan air dengan warna yang sama di Sungai Kabul di dalam premis disyaki berkenaan.

“Pihak LUAS dan MPKJ juga menemukan sebuah premis kilang produk alumunium yang disyaki melepaskan efluen berbuih masuk ke dalam parit berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Persampelan yang diambil dari salah sebuah kilang yang disyaki mencemarkan Sungai Kabul.

Menurut beliau, pensampelan telah dilakukan oleh LUAS di titik akhir pelepasan di dalam dan luar premis, serta kolam rawatan premis dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Tambah Loy Sian, berdasarkan pensampelan ujian bau menunjukkan keadaan fizikal dan bau sungai adalah normal.

Tiada henti tugas loji rawatan air (LRA) dilaporkan oleh pihak Air Selangor.

“Anggaran jarak lokasi punca pencemaran (premis berkenaan) ke tiga muka sauk terdekat adalah LRA Semenyih, LRA Bukit Tampoi dan LRA Labohan Dagang antara 17 higga 40 kilometer.

“LUAS juga membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda maksimum RM 1 juta serta mandatori penjara tidak kurang tiga tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN