fbpx

Lelaki ditahan ingkar PKPDB, miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu selain melanggar PKPDB.

Oleh IVAN AMIRUL

LAHAD DATU – Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana didapati memiliki dadah jenis syabu kelmarin

Dalam operasi kira-kira pukul 10.50 malam itu, lelaki berkenaan awalnya ditahan ekoran melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di perairan laut pelabuhan namun pemeriksaan menemui dua paket plastik berisi serbuk jernih disyaki syabu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, operasi dijalankan hasil maklumat risikan pasukannya.

“Operasi dijalankan seorang pegawai bersama empat anggota itu berjaya menahan dan memeriksa sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan. Bot berkenaan dikendalikan suspek pada awalnya ditahan kerana melanggar PKPDB.

“Namun hasil pemeriksaan badan, suspek menyerahkan dua paket kecil plastik lutsinar berisi disyaki dadah jenis syabu dan satu gulung kecil aluminium foil serta pemetik api,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Ping Sin berkata, suspek yang tahan kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Suspek turut dirujuk ke bahagian Kecemasan Hospital Lahad Datu untuk saringan Covid-19.

“Anggaran nilai rampasan dalam tangkapan ini berjumlah RM5,022 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI