fbpx

Berbaloi dibenci – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nad yang diumumkan sebagai National Winner bersaing dengan 10 calon dari pelbagai negara lain seperti Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Korea dan Filipina.

PETALING JAYA – Watak antagonis sebagai wanita perampas bernama Kirana dalam drama Dendam Seorang Isteri menuai tuah buat pelakon Nad Zainal melayakkan pelakon kecil molek itu tercalon dalam Asian Academy Creative Awards 2022 (AACA 2022).

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, disenarai bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk drama terbitan produksi Radius One Sdn. Bhd. tersebut.

Kata pelakon itu, dia berasa sangat terharu kerana watak jahat itu diangkat mewakili negara biarpun dirinya melalui pengalaman dibenci penonton.

“Syukur kepada-Nya. Terima kasih Radius One bagi ruang dan peluang saya mewarnakan watak Kirana.

“Kirana wakil Malaysia. Berbaloi dibenci sekejap. Terima kasih buat kalian juga yang sokong Dendam Seorang Isteri. Alhamdulillah,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.

Dalam senarai tersebut, Nad yang diumumkan sebagai National Winner bersaing dengan 10 calon dari pelbagai negara lain seperti Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Korea dan Filipina.

Turut menyertai adalah barisan aktres popular dari Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam menerusi naskhah lakonan masing-masing.

Drama Dendam Seorang Isteri yang menemui penonton pada Mac lalu menerusi Astro Prima dilakonkan oleh barisan bintang hebat seperti Fasha Sandha dan Wan Raja serta Aidit Noh, Roy Azman, Amylea dan Dian P. Ramlee.

Naskhah yang diarahkan oleh Nizam Zakaria dan Uchee Fukada berkenaan merupakan adaptasi daripada drama popular Korea Selatan, Temptation of Wife yang ditayangkan pada 2008.

Malam gala AACA 2022 dijadualkan berlangsung di Singapura selama dua hari pada 7 Disember depan.

Sementara itu, aktor handalan Beto Kusyairy turut melakar sejarah apabila tercalon kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Beto akan mewakili negara pada malam gala kelak untuk drama Scammer 2.

“Rasa bersyukur, alhamdulillah. Makanya akan mewakili Malaysia untuk bersaing dengan pemenang dari negara lain dalam gala akhir pada Disember nanti. Gila,” tulis Beto. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI