fbpx

Remaja maut langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang remuk setelah melanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan, pagi tadi.

KULAI – Seorang remaja berusia 19 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23 Lebuh Raya Utara-Selatan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Nur Helmi Rafiee meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pukul 5.13 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai tujuh anggota dengan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghala arah selatan dan kemudian terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI