fbpx

Premis baik pulih penapis air jadi tempat simpan rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak mengandungi rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis membaik pulih penapis air di Jalan Hospital, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Cubaan sindiket penyeludupan yang menjadikan sebuah premis membaik pulih penapis air di Jalan Hospital di sini sebagai lokasi untuk menyembunyikan sebanyak 128,200 batang rokok putih dan keretek seludup gagal apabila taktik itu dikesan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

PGA menjalankan serbuan pada pukul 12.15 tengah malam dan turut menahan seorang remaja lelaki warga Thailand berusia 16 tahun di dalam premis tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan di dalam premis itu telah menjumpai sebanyak 15 bungkus plastik dan satu guni mengandungi rokok pelbagai jenama.

Menurutnya, kesemua 128,200 batang rokok itu dianggarkan bernilai lebih RM136,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati remaja itu negatif dadah.

“Suspek direman selama 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI