fbpx

Anak bekas Menteri Hal Ehwal Agama meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli memaklumkan pemergiaan anaknya yang meninggal dunia di akaun media sosialnya pagi ini.

SEREMBAN – Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meninggal dunia pagi tadi.

Zulkifli menerusi akaun media sosial memaklumkan, anaknya, Hammad Zulkifli, 22, meninggal dunia di sisinya pada pukul 5.22 pagi.

“Dengan penuh reda dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda, Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen).

“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.,” katanya.

Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut memaklumkan, solat jenazah Allahyarham anaknya itu akan diadakan pagi ini pada pukul 9.45 pagi di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM di Nilai.

Sementara itu, difahamkan, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu menderita sakit kanser sejak dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI