fbpx

Liga Super : KDA FC ‘gigit jari’ tewas kepada PJ City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Ngah Wanja cuba melepasi kawalan Zainal Abidin Jamil pada aksi Liga Super antara KDA dan PJ City di Stadium Darul Aman, Alor Setar. - IHSAN KDA FC

ALOR SETAR – Hasrat Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk mengatasi Petaling Jaya City (PJ City) sebelum bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu depan terkubur apabila tewas 1-0
di Stadium Darul Aman di sini sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah hampa dengan kejayaan PJ City memperoleh jaringan tunggal menerusi pemain gantian PJ City, R. Ruventhiran pada minit ke-69.

Pada perlawanan itu, Ruventhiran mudah menolak masuk bola selepas menerima hantaran ketua pasukan PJ City, Mahalli Jusuli dari arah kiri gawang KDA yang dikawal Muhamad Ilham Amirullah Razali.

KDA FC pada aksi separuh masa pertama mempamerkan kawalan baik sepanjang 15 minit pertama, namun peluang yang terhidang tidak dapat disudahkan dengan jaringan.

PJ City yang kembali memberi saingan turut cuba mengasak kubu KDA, namun mereka juga terpaksa akur dengan penyudah yang tidak menjadi.

Bersambung babak kedua, penyerang import KDA, Ronald Ngah Wanja mendapat peluang membuka jaringan pada minit ke-62, tetapi disia-siakan walaupun dia tidak dikawal kemas pertahanan lawan.

Pada minit ke-85, tandukan cantik Marc Vales hampir mengikat kedudukan, tetapi ia hanya melepasi palang PJ City selepas mendapat umpanan Sanrawat Dechmitr.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dengan KDA bakal bertemu JDT di Stadium Darul Aman pada perlawanan seterusnya Selasa ini.

Pertembungan itu menjadi tumpuan ekoran ‘aksi’ di luar padang antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI