fbpx

Liga Super : Selangor FC pamer aksi ‘lima bintang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brendan Gan (kanan) menjadi watak penting Selangor FC selepas meledak dua gol untuk menewaskan Melaka United 5-0 sebentar tadi. - IHSAN SELANGOR FC

PETALING JAYA – Skuad Selangor FC memulakan era baharu di bawah kendalian Tan Cheng Hoe dengan aksi ‘lima bintang’ selepas menewaskan Melaka United 5-0 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah dilihat tidak mempunyai masalah untuk menerapkan taktikal yang dirancang Cheng Hoe dengan menguasai sebahagian besar perlawanan.

Gol pembukaan pasukan tuan rumah hadir menerusi jaringan yang dilakukan oleh Nor Hakim Hassan yang bijak menanduk masuk hantaran Hein Htet Aung pada minit ke-16.

Selangor bertambah garang dan tidak menunggu lama untuk meledak gol kedua hasil jaringan jarak jauh yang dilakukan oleh pemain tengah, Mukhairi Ajmal pada minit ke-30.

Bersambung pada babak kedua, pasukan Merah Kuning semakin ghairah menambah gol dan kini giliran kapten pasukan, Brendan Gan yang bijak menyudahkan hantaran Herlison Caion pada minit ke-66.

Pasukan Melaka bertambah malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Zaharulnizam dilayangkan kad merah pada minit ke-76.

Brendan menggunakan kesempatan tersebut untuk menanduk gol kedua peribadi hasil hantaran yang dilakukan oleh pemain gantian, Danial Asri pada minit ke-83.

Caion melengkapkan malam cemerlang skuad Merah Kuning apabila menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan untuk memastikan tiga mata berharga milik pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI