fbpx

Kelayakan Piala Asia: Skuad B-17 negara ‘mengaum’ di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-17 negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-17 dengan melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Palestin sebentar tadi.

PETALING JAYA – Skuad bawah 17 (B-17) memulakan kempen peringkat Kumpulan B kelayakan Piala Asia B-17 dengan langkah kanan selepas menewaskan Palestin 4-0 pada aksi pembukaan sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Pakansari, Bogor itu, skuad kendalian Osmera Omaro berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan, tetapi gagal memecah kebuntuan pada babak pertama.

Aksi semakin rancak pada separuh masa kedua apabila Muhammad Anjasmirza meledak gol pembukaan pada minit ke-50.

Keyakinan skuad muda Harimau Malaya semakin memuncak dengan menambah gol menerusi Faris Danish pada minit ke-68, Arami Wafiy (m-74) dan Zainurhakimi Zain (m-87).

Selain Palestin, Malaysia telah diundi gergasi Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Guam dan Indonesia.

Aksi seterusnya skuad B-17 negara adalah bertemu Guam pada 5 Oktober depan di venue yang sama.

Juara peringkat kumpulan akan meraih slot automatik ke kejohanan belia berprestij itu selain lima naib juara terbaik dengan satu lagi slot diberikan kepada tuan rumah yang masih belum ditentukan selepas Bahrain menarik diri. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI