fbpx

Gucci lancar bekas makanan kanak-kanak berharga RM11,931

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS makanan plastik rekaan Gucci yang dijual pada harga RM11,931. – GUCCI

LONDON – Jenama fesyen terkenal, Gucci melancarkan bekas makanan plastik yang dijual pada harga £2,210 (RM11,931) baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.

Bekas makanan berwarna hijau itu memaparkan imej kartun seorang kanak-kanak lelaki bersama kucing peliharaannya.

Menurut syarikat tersebut, bekas makanan itu dihasilkan dengan corak vintaj bagi mengimbau kenangan zaman kanak-kanak pada masa lalu.

“Rekaan berstruktur tersebut mengingatkan kita kepada bekas makanan vintaj, ia mempunyai tangkai pemegang dan cetakan unik melambangkan tema zaman kanak-kanak pada keseluruhan koleksi.

“Bekas makanan ini juga mempunyai corak petak dan gambar kanak-kanak bersama haiwan peliharaannya,” kata Gucci dalam satu kenyataan.

Selain bekas makanan, Guc­ci turut melancarkan koleksi beg, baju sejuk dan kasut yang tertera perkataan ‘not fake’ pada produk tersebut.

Ia sebagai tindakan menempelak pembuat barangan palsu yang menggunakan jenama popular itu.

“Cetakan perkataan ‘FAKE’ menggunakan huruf besar pada kasut rekaan kami di­letakkan berlatarbelakangkan jalur berwarna hijau dan merah yang diberi nafas baharu.

“Manakala perkataan ‘NOT’ pula diletakkan pada sebelah lagi kasut bagi melengkapkan frasa tersebut,” ujar syarikat itu dalam kenyataannya.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI