fbpx

Indonesia tersenarai dalam 100 negara paling miskin di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak berjalan melalui lopak sampah di kawasan kumbahan di Muara Baru, Jakarta. - Liputan6

JAKARTA – Satu kaji selidik antarabangsa oleh majalah ekonomi, Global Finance mendedahkan bahawa Republik Indonesia tersenarai dalam 100 negara termiskin di dunia, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia semalam.

Memetik laporan yang dimuat naik di gfmag.com, Indonesia berada pada kedudukan negara ke-91 termiskin pada 2022.

Ini diukur berdasarkan keluaran dalam negara kasar (KDNK)  dan pariti kuasa beli (PPP) atau imbangan keupayaan membeli-belah. 

Berdasarkan kaji selidik sama, angka KDNK dan PPP bagi Republik Indonesia adalah AS$14,535 (RM67,398).

Kedudukan ini masih lebih baik berbanding beberapa negara Asia Tenggara yang termasuk dalam senarai 100 negara paling miskin di dunia.

Antaranya adalah Vietnam yang berada di tangga ke-82, Filipina di tangga ke-72, Kemboja di tangga ke-46, Myanmar di tangga ke-45  dan Timor Leste berada di nombor 29.

Sebelum ini, Bank Dunia telah mengubah ukuran garis kemiskinan. Ini menjadikan 13 juta rakyat Indonesia yang sebelum ini tergolong dalam golongan menengah terperosok ke bawah dan dikategorikan sebagai miskin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Asia Timur dan Kemas Kini Ekonomi Pasifik Oktober 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI