fbpx

Taufan Ian rekod 23 kematian di AS, angka diramal meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai membersihkan serpihan selepas Taufan Ian melanda Fort Myers, Florida kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Taufan Ian yang merupakan antara ribut paling kuat pernah menghentam Amerika Syarikat (AS), membadai Carolina Selatan kelmarin selepas meninggalkan kemusnahan dan kerosakan besar di negeri Florida.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata, Ian tiba di daratan dekat bandar Georgetown, Carolina Selatan sebagai taufan Kategori 1 dengan tiupan angin maksimum 140 kilometer sejam.

Ribut itu semakin lemah dan bertukar menjadi siklon tropika tetapi NHC berkata petang kelmarin bahawa Ian masih membawa hujan lebat banjir kilat dan angin kuat ke kedua-dua negeri Carolina Selatan dan Carolina Utara. Sesetengah kawasan dijangka menerima taburan hujan sehingga lebih 20 sentimeter.

Berkenaan Florida yang menyaksikan kemusanah besar pula, Presiden Joe Biden berkata: “ Kita baru mula melihat skala kemusnahan yang berlaku”.

“Ia berkemungkinan adalah antara yang paling buruk dalam sejarah negara ini,” kata Biden mengenai Taufan Ian yang membadai pantai barat daya Florida sebagai ribut Kategori 4, 1 mata di belakang ribut paling dahsyat dalam skala angin Saffir-Simpson.

Angka korban akibat ribut itu adalah 23 orang setakat petang kelmarin,” kata Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Florida.

Bagaimanapun, media tempatan memetik beberapa pegawai daerah memaklumkan korban lebih tinggi dengan saluran berita CNN melaporkan, seramai 45 orang terkorban akibat Taufan Ian.

Dalam pada itu, seramai 17 orang hilang daripada sebuah bot yang karam semasa Ian membadai Rabu lalu, demikian menurut Pasukan Pengawal Pantai, termasuk empat rakyat Cuba yang berenang ke pantai di Florida Keys.

Biden berkata, masa berbulan-bulan malah, boleh mencapai sehingga beberapa tahun diperlukan untuk tujuan pembinaan semula dengan kos berpuluh-puluh bilion dolar.

“Ini bukan hanya krisis untuk Florida. Ini krisis untuk AS,” katanya.

Dalam pada itu, seorang wanita berusia 22 tahun maut selepas sebuah kenderaan terbalik di bahagian jalan raya yang dinaiki air. Seorang lelaki berusia 71 tahun meninggal dunia akibat kecederaan di kepala setelah terjatuh dari bumbung rumahnya ketika memasang bidai pelindung hujan.

Sebilangan mangsa mati lemas termasuk seorang wanita berusia 68 tahun yang dihanyut ombak deras ke laut. Kejadian itu berlaku di negeri Florida di mana Taufan Ian meninggalkan kemusnahan yang dahsyat.

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, anggota penyelamat telah memeriksa lebih 3,000 rumah di kawasan yang paling teruk terjejas untuk mencari mangsa yang terselamat dan cuba menyelamatkan beribu-ribu orang yang terperangkap di dalam bangunan yang dinaiki air.

Mangsa lain yang turut terkorban ialah seorang wanita berusia 80 tahun dan seorang lelaki berusia 94 tahun yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan namun berhenti berfungsi kerana belakan elektrik terputus.

Lebih 1.7 juta penduduk di Florida masih terputus bekalan elektrik manakala sebanyak 400,000 rumah dan premis perniagaan di Carolina Selatan turut terjejas. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI