fbpx

Kes denggi di Kedah meningkat 125.8 peratus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd. Hayati (kiri) pada Program Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes peringkat negeri Kedah di Taman Wira Mergong, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kes denggi di negeri ini meningkat sehingga 125.8 peratus dengan dua kematian sehingga 24 September lalu akibat kekerapan hujan sejak beberapa bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, sebanyak 883 kes direkodkan sepanjang tempoh tersebut berbanding hanya 391 kes pada tahun lalu.

“Jumlah kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga Sabtu lalu adalah 77 wabak berbanding 14 wabak pada tempoh sama pada tahun 2021.

“Daripada 77 wabak denggi, lima kawasan panas berjaya dikawal, 65 wabak sudah tamat manakala tujuh wabak lagi masih aktif,” katanya ketika ditemui selepas Program Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Kedah 2022 di Taman Wira Mergong di sini, hari ini.

Kata beliau, daerah Kota Setar mempunyai tiga kawasan wabak yang masih aktif iaitu Mergong, Kota Nelayan dan Taman Seri Putra.

“Kita bimbang kes denggi ini akan terus meningkat terutama pada musim tengkujuh nanti. Mengikut rekod pada tahun-tahun sebelum ini, kes denggi di Kedah meningkat pada musim hujan,” ujarnya.

Menurutnya, dalam tempoh 1 Januari hingga 24 September lalu, sebanyak 250,417 premis diperiksa dan 4,799 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai RM2.29 juta kepada pemilik premis yang terdapat pembiakan aedes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN