fbpx

Shuib tukar lantai rumah, netizen pula fikir lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPUTUSAN Shuib mengubah lantai rumahnya tidak dipersetujui netizen yang beranggapan dia mahu membawa masuk 'orang baharu'.

NAMPAKNYA setiap perkara yang dilakukan Shuib sejak isteri tercinta meninggal dunia pasti dipersoalkan umum.

Terbaharu, ada segelintir individu yang ‘terlebih emosi’ apabila dia melakukan renovasi kediaman dengan menukar lantai rumahnya.

Mungkin ingin membawa kelainan untuk kediaman tersebut, namun bagi sesetengah orang, perkara itu membawa pergi semua memori bersama Allahyarham Siti Sarah.

Terkejut juga Diva baca komen-komen netizen yang overthinking hanya kerana Shuib menukar lantai rumah.

“Mengapa nak tukar semua kenangan semasa dengan arwah? Simpanlah kenangan tersebut, bukankah sepatutnya begitu?” soal seorang netizen.

“Jika tukar, tidak ada lagilah memori dengan arwah. Beli sajalah rumah baharu,” komen netizen lain.

Bukan itu sahaja, ada pula yang buat andaian, Shuib menukar lantai kerana ingin sambut kehadiran ‘orang baharu’.

Macam-macam spekulasi yang timbul hanya kerana dia tukar lantai. Lucu pun ada juga tetapi itulah kerenah manusia. Sabarlah ya Shuib.

DIVA: Macam-macam hal yang ditimbulkan Masya Masyitah tahun ini, majoritinya tentang isu fesyen seksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI