fbpx

2 liter air kosong, solat, tip cantik Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJELITAAN Sarimah Ibrahim membuatkan ramai kagum meskipun dia kini sudah berusia 43 tahun.

SEJAK muncul sebagai pengacara gantian dalam program Gegar Vaganza baru-baru ini, nama Che Puan Sarimah Ibrahim kembali menjadi sebutan ramai.

Kata netizen, mereka sangat teruja melihat kemunculan Sarimah kerana terlalu merindui keletahnya setiap kali menjadi hos dalam mana-mana program.

Bukan itu sahaja, selain pengacaraan, dia juga turut dipuji kerana masih kekal jelita walaupun usianya sudah mencecah 43 tahun.

Disebabkan itu, ada pula yang menggelarnya seperti vampire kerana tidak ditelan usia.

Membalas respons ramai, Sarimah berkongsi tip atau rutin hidupnya untuk kekal sihat.

“Cuma nak cakap, nak jadi cantik lebih senang berbanding ingin sihat.

“Sihat itu lebih penting, mental dan fizikal. Jaga kedua-duanya,” kongsinya.

Sebelum itu, Diva ada juga terbaca cara Sarimah kekal sihat iaitu dengan cara minum dua liter air kosong sehari, 40 minit senaman dan solat.

Boleh cuba ikuti tip ini, manalah tahu wajah dan badan kekal muda serta sihat walaupun usia sudah 50 tahun.

DIVA: Terkejut baca Lesti Kejora yang didakwa dipukul Rizky Billar selepas mendapat tahu suaminya itu berlaku curang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI