fbpx

Rumah tangga berantakan undang sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menempuh alam perkahwinan adakala tidak seindah yang dirancang.

Namun jika perkahwinan itu berkonsepkan saling jaga-menjaga, aura positif pasti tercetus hasil kebahagiaan yang dicipta bersama.

Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia, pasangan yang berkahwin sebenarnya berisiko rendah mendapat kemurungan jika dikelilingi persekitaran yang berkualiti.

“Jika ada akses kepada makanan dan persekitaran yang lebih berkualiti dan sihat mereka berisiko rendah untuk alami anxiety dan bunuh diri.

“Ia termasuk berisiko rendah untuk mendapat serangan jantung dan strok,” katanya.

Tambahnya lagi, perkahwinan secara umumnya akan memberi kesan positif kepada kesihatan tubuh manusia.

“Hubungan perkahwinan yang sihat sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal.

“Namun langit tidak selalunya cerah. Ada yang menghadapi gelora dalam perhubungan. Bagi individu ini, mereka berisiko tinggi untuk alami kesan dari segi kesihatan mental,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI