fbpx

Lelaki curi barang sembahyang tokong diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 41 tahun diberkas selepas disyaki mencuri barang makanan untuk upacara sembahyang tokong di kebun kelapa sawit di Chaah, Segamat. Foto FARAHWAHIDA AHMAD

Oleh FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Perbuatan seorang lelaki mencuri buah limau, gula-gula serta minyak masak di sebuah tokong dalam kawasan kebun ladang sawit Chaah di sini memakan diri apabila dia diberkas polis semalam.

Kegiatan jahat lelaki berusia 41 tahun itu terbongkar selepas pemilik tokong curiga barang makanan untuk upacara menyembah tokong sering hilang sebelum meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, susulan itu pemilik tokong membuat laporan sebelum polis melakukan siasatan.

Katanya, siasatan mendapati suspek dilihat memasuki tokong tersebut sambil memerhatikan peralatan CCTV tanpa rasa takut kerana menyangka hanyalah palsu untuk menakutkan pencuri tanpa menyedari gelagatnya sedang dirakam.

“Suspek turut dirakam memakan buahan dan membawa pulang pelbagai barangan milik tokong itu pada waktu pagi dan petang, tiga hari berturut sejak 2, 3 dan 4 Oktober lalu.

“Susulan itu lelaki berusia 47 berjaya diberkas pada pukul 1.30 tengah hari semalam di sekitar Bandar Chaah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, suspek turut mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah serta pecah rumah.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kini direman empat hari bermula hari ini sehingga 9 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI