fbpx

Amaran ribut petir di lapan buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lapan buah negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 10 malam ini.

Katanya amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kelantan, Terengganu, serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di Langkawi, Kedah.

“Di Perak pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Hulu Perak, Manjung dan Perak Tengah,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, keadaan sama turut boleh berlaku di Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang.

“Di Johor pula, daerah terlibat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

“Sementara itu di Sarawak, amaran sama diberikan di Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Limbang),” tambahnya.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI