fbpx

Empat cucu Ratu Denmark dilucut gelaran monarki demi kebaikan masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Marie (dua kiri), Putera Joachim (tiga kiri), Putera Felix (hujung kiri), Putera Nikolai (hujung kanan), Putera Henrik dan Puteri Athena awal bulan ini.

COPENHAGEN – Putera Nikolai dari Denmark yang dilucutkan semua gelaran monarkinya  menyuarakan rasa terkejut, sedih dan keliru berhubung keputusan tersebut yang dibuat oleh nendanya, Ratu Margrethe, lapor portal berita MailOnline semalam.

Nikolai, 23, tidak lagi boleh menggunakan semua gelaran monarki selepas beliau dan tiga adik-beradiknya diberitahu oleh Ratu Margrethe bahawa pelucutan gelaran itu adalah untuk  kebaikan mereka pada masa hadapan.

“Seluruh keluarga saya dan saya sendiri berasa sangat sedih. Kami, seperti yang dinyatakan oleh ibu bapa saya, terkejut dengan keputusan ini dan betapa cepatnya keputusan ini dibuat,” katanya yang merupakan anak sulung Putera Joachim.

Sementara itu, Countess Alexandra iaitu  ibu kepada Putera Nikolai dan Putera Felix, 20, juga mempersoalkan keputusan Ratu Margrethe yang didakwa dibuat dalam tempoh singkat.

“Mereka tentunya akan kehilangan gelaran diraja apabila mereka berkahwin suatu hari nanti. 

“Countess Alexandra tidak memahami mengapa pihak Istana enggan menunggu sehingga hari tersebut di mana gelaran monarki mereka akan hilang secara automatik”, kata setiausaha akhbar Alexandra, Helle von Wildenrath Løvgreen.

Pagi semalam Khamis, jurucakap keluarga diraja Denmark menafikan dakwaan Putera Joachim bahawa empat anaknya iaitu Putera Nikolai, Putera Felix, Putera Henrik dan Puteri Athena hanya diberi notis lima hari bahawa mereka akan dilucutkan gelaran monarki.

Istana  Denmark berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa terdapat banyak emosi susulan pengumuman itu tetapi keputusan mengenainya sudah lama dibincangkan dan diputuskan bagi menjamin masa depan monarki.

Empat cucu Ratu Margrethe yang lain iaitu Putera Christian, 16, Puteri Isabella, 15, dan kembar Putera Vincent dan Puteri Josephine yang  berusia 11 tahun dan merupakan anak kepada  putera sulung dan pewaris takhta, Putera Mahkota Frederik akan mengekalkan gelaran mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI