fbpx

Jakim tutup ibu pejabat bermula esok hingga 20 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menutup ibu pejabatnya di Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, di sini bermula esok hingga 20 Oktober ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Jakim berkata, penutupan premis bertujuan mengekang penularan wabak dalam kalangan warganya selain memberi ruang kepada proses sanitasi di keseluruhan bangunan Jakim.

Katanya, penutupan ini turut membabitkan pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berada di bangunan sama.

“Selain itu, semua pegawai dan kakitangan Jakim perlu melaksanakan kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah sepanjang tempoh berkenaan.

“Semua warga Jakim dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan penularan Covid-19 yang sudah ditetapkan,” katanya.

Katanya, segala urusan berkaitan proses pensijilan halal adalah berjalan seperti biasa mengikut SOP yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai arahan penutupan pejabat Jakim boleh menghubungi 03-88707000 atau email [email protected]! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI