fbpx

EPL: Kai Havertz bersedia buat Potter terpukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (tengah) berharap dia mampu diberikan posisi kekal di bawah Potter apabila sebelum ini kerap bertukar peranan dalam perlawanan. – AFP

LONDON – Penyerang sensasi Chelsea, Kai Havertz bersedia untuk ‘menambat hati’ Graham Potter sekiranya diberi peluang untuk bermain pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Selhurst Park malam ini.

Sebagai rekod, perlawanan menentang Palace bakal menjadi debut pertama buat Potter dalam kancah EPL bersama The Blues sejak berhijrah dari kelab Brighton, Ogos lepas.

Menurut Havertz, kehadiran Potter sememangnya memberi nafas segar buat pasukan yang sebelum ini dikritik hebat selepas berdepan kemelut prestasi sewaktu dibimbing pengendali dari Jerman, Thomas Tuchel.

“Saya percaya Potter memiliki ramuan tersendiri untuk memastikan pasukan kembali berada di landasan sebenar khususnya pada kempen EPL musim ini. Andai diberi peluang dan diletakkan dalam kesebelasan utama, sudah pasti saya akan berikan yang terbaik.

“Cuma, saya masih perlu berbincang dengan jurulatih agar diberikan posisi yang sesuai ke­rana sebelum ini kedudukan saya sentiasa berbeza. Adakalanya saya bermain sebagai pemain No. 10, penyerang utama dan pemain sayap,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan utama Chelsea, Reece James turut berazam untuk membantu pasukan melakar kemenangan sekali gus menghadiah­kan tiga mata berharga untuk Potter.

“Potter seorang pengendali yang mempunyai falsafah bola sepak moden kerana dia cukup positif ketika dia bersama Brigh­ton sebelum ini. Semua pemain sudah bersedia untuk berikan seratus peratus dan saya percaya masa depan pasukan ini cukup cerah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI