fbpx

Dituduh tak pernah masuk dapur, Tya Arifin tunjuk skil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Tya ketika membungkus lebihan makanan disalah erti netizen yang menuduhnya tidak pernah ke dapur hanya kerana lauk yang dicedoknya tumpah ke lantai.

PETALING JAYA – Tidak membiarkan dirinya sewenang-sewenangnya dikecam oleh netizen yang berhati busuk, pelakon dan usahawan Tya Arifin ada cara tersendiri berdepan kutukan golongan sebegitu.

Tya, 28, menerusi perkongsian dalam TikToknya memaklumkan, ada yang menuduh dia tidak pernah masuk ke dapur dan hanya berlakon memasak sehinggakan tidak pandai membungkus makanan di dalam plastik dengan elok.

Kutukan tersebut timbul selepas menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memuat naik video dia membungkus lebihan lauk untuk disedekahkan selepas mengadakan kenduri di kediamannya baru-baru ini.

Bagaimanapun, lauk yang dibungkus pelakon asal Indonesia itu terjatuh ketika dia cuba membungkusnya di dalam plastik sehingga mengundang kecaman.

“Ada yang cakap saya tak masuk dapur, berlakon je memasak sebab bungkus makanan pun jatuh.

“Ini masa saya jemput kawan-kawan buat barbeque, semua masak sendiri okey. Perap daging itu semua sendiri punya resipi,” jelasnya dalam sebuah video memaparkan dirinya sibuk membakar daging ketika sebuah acara makan-makan bersama rakan-rakannya.

Selain dikutuk tidak pernah masuk ke dapur, Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin juga dituduh sengaja menunjuk-nunjuk melakukan sedekah dan mengharap pujian ramai.

Membalas tuduhan tersebut, Tya secara positif meminta individu itu memilih dua kategori pengguna media sosial.

“Ada dua orang jenis pengguna media sosial. Satu, guna hati yang tak bersih. Tengok orang muat naik hantaran, mencari salah saja.

“Kedua, guna hati bersih. Tengok orang kongsi, mencari niat baik dan sisi baiknya. Awak yang mana?” soalnya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi ramai peminat Tya yang mempertahankan pelakon itu dengan berkata, dia seorang yang sangat rajin memasak sejak dahulu.

“Siapa yang ikut Tya dari sebelum terlibat dengan Mutyara (bisnes), mesti tahu yang Datuk K (bapa mentuanya) sangat suka dia memasak dan akan minta dia masak kalau ada makan-makan keluarga,” pertahan seorang peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI