fbpx

Fairuz kongsi gambar lucah diterima pengadu – Firdaus Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus ketika berada di Mahkamah Majistret Tenom ketika hadir memberikan keterangan berkaitan perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew.

TENOM – Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa saksi pertuduhan pertama, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi ada berkongsi beberapa tangkap layar serta gambar dikaitkan dengan seorang pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan).

“Semua gambar dan tangkap layar mesej lucah yang diterima pengadu berkenaan diberikan kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Hal ini selepas Akhi memaklumkan kepada saya bahawa pengadu telah menerima mesej serta gambar-gambar lucah daripada Ebit Lew.

“Antaranya adalah satu gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah,” katanya ketika sesi perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

Firdaus berkata demikian ketika menjawab soalan yang diutarakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.

Terdahulu, Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew berlangsung 27 hingga 30 September.

Sementara itu, Majistret Nur Asyraf Zolhani menangguhkan prosiding hari terakhir kes dan perbicaraan akan disebut semula pada 20 sehingga 22 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI