fbpx

Maritim Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dibungkus dengan guni putih dan beg plastik sampah.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Maritim Malaysia (APMM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup 200 kotak rokok bernilai RM1.5 juta di perairan Pantai Sabak dekat Kota Bharu semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, rokok seludup termasuk nilai cukai itu dibungkus dengan guni putih dan beg plastik sampah ditemui di dalam tiga buah bot laju dan sebuah lori.

Menurutnya, sebelum rampasan, sebuah bot dibawa dalam keadaan mencurigakan pada pukul 7.30 pagi sebelum bertindak memecut laju apabila dihampiri anggota APMM yang menjalankan Op Damai.

“Ketika cuba menghampiri untuk melakukan pemeriksaan bot tersebut namun, pemandunya memecut laju memasuki kuala Pantai Sabak.

Berikutan itu, anggota Maritim Malaysia turut menemui dua lagi bot laju yang juga sarat dengan muatan “kotak rokok dengan beberapa orang suspek yang bertindak melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, di sini hari ini.

Muhd. Nur Syam Asmawie berkata, tekong bot yang dikejar dan pemandu lori juga melarikan diri dengan meninggalkan rokok itu.

“Hasil rampasan rokok bersama tiga buah bot laju dan sebuah lori dianggarkan bernilai RM2.3 juta.

“Ia merupakan kejayaan pertama Maritim Malaysia Kelantan bagi kes penyeludupan rokok yang melibatkan jumlah jutaan ringgit,”katanya.

Menurutnya, kesemua barang kes dibawa ke ibu pejabat Maritim Malaysia Kelantan untuk siasatan lanjut petang semalam.

“Pihak kami juga mengesan kewujudan tonto dalam kalangan nelayan tempatan yang memberi maklumat dan isyarat kepada penyeludup mengenai kehadiran anggota Maritim Malaysia.

“Kita akan terus berusaha untuk memastikan perairan negeri ini terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang bukan hanya melibatkan pemcerobohan nelayan asing malah kegiatan penyeludupan yang akan diberi fokus utama,”

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI