fbpx

Pulau Pinang sedia bekerjasama tangani jenayah rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pegawai yang terlibat dengan amalan rasuah dapat ditangani dengan serius.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri mahu SPRM telus dalam mendedahkan jumlah kes yang dibawa ke mahkamah dan jumlah penjawat awam yang didapati bersalah.

Chow Kon Yeow.

”Pulau Pinang mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap jenayah rasuah yang melibatkan penjawat awam di negeri ini kerana ini selaras dengan prinsip tadbir urus baik CAT; kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan yang diamalkan sejak 2008.

“Kami menuntut ketelusan di pihak SPRM kerana kami tidak mahu imej penjawat awam Pulau Pinang dan kerajaan negeri tercemar hanya dengan jumlah aduan yang diterima sejak 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan sebanyak 919 aduan diterima SPRM berhubung kesalahan menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang sejak 2019 sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, daripada jumlah itu  sebanyak 312 aduan melibatkan kes menerima suapan manakala salah guna kuasa (147 kes).

Menurut Kon Yeow, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang sama ada penjawat awam dari agensi Persekutuan atau negeri.

”Sekiranya didapati terlibat dalam menerima rasuah, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu mereka mesti disiasat dan didakwa secepat mungkin,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI