PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Perak dan Sabah pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat di Perak adalah Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
“Sabah di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas MetMalaysia, ramalan ribut petir dan hujan lebat di Perak dan Sabah tersebut adalah sehingga pukul 12 tengah hari ini. – KOSMO! ONLINE