fbpx

Vertigo, berkerusi roda pun Shaza Bae tetap berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAZA BAE terpaksa disorong dengan kerusi roda gara-gara migrain teruk baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon cantik Shaza Bae mencetuskan kegusaran dan tanda tanya peminat apabila dilihat berkerusi roda ketika hadir ke set penggambaran.

Meleraikan tanda tanya, Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 27, berkata, dia terpaksa menggunakan kerusi roda selepas diserang penyakit migrain dan vertigo yang teruk baru-baru ini.

Menurutnya, dia memang mempunyai sejarah penyakit berkenaan sejak remaja hingga ada kalanya berlarutan selama beberapa hari.

“Sejak dua tiga hari ini, memang saya migrain agak teruk. Saya sendiri pun memang ada masalah vertigo sejak remaja.

“Biasanya apa yang saya buat untuk legakan adalah makan pil tahan sakit dan rehat secukupnya agar kembali normal seperti sedia kala,” katanya.

Tambah juara Dewi Remaja 2019/2020 berusia 27 tahun itu lagi, dia sendiri kurang pasti punca dirinya kerap diserang migrain meskipun sudah menjaga kesihatan dengan baik.

“Rasanya saya sudah menjalani kehidupan sihat dan jaga pemakanan selain melakukan senaman.

“Mungkin juga kerana terlalu penat bekerja dan ulang alik ke set penggambaran, jadi membuatkan penyakit tersebut kerap berulang,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu nekad untuk tetap hadir ke set penggambaran meskipun dalam keadaan tidak sihat.

“Saya tidak mahu mengganggu jadual penggambaran yang telah ditetapkan pihak produksi. Selagi saya larat, pasti saya akan datang dan lunaskan kerja.

“Terima kasih kepada kru produksi yang memahami. Jangan risaulah, saya baik-baik sahaja walaupun masih terasa sakit. Lagipun pengurus pun ada di sisi dan sentiasa menemani saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI