fbpx

Pas tidak harus diberi kata dua – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim

PUTRAJAYA – Pas tidak seharusnya diberi kata dua untuk memilih rakan kerjasamanya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau menegaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO perlu duduk semeja atas dasar penyatuan ummah.

Beliau berkata, Pas secara prinsipnya bersedia untuk memperkasa penyatuan ummah dengan Bersatu dan UMNO.

“Saya fikir tidak boleh ‘ultimatum’ (diberi kata dua) sebaliknya kita kena tengok masa depan ummah dan Pas sedia mengadakan perbincangan dengan UMNO dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) untuk kita melihat ke arah masa depan lebih baik dalam konteks muafakat politik di Malaysia.

“Kestabilan hanya boleh dicapai bila ada muafakat politik. Tanpa muafakat politik, pengalaman kita sebelum ini akan berulang,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, beliau berpandangan Bersatu dan UMNO perlu duduk bersama sebab Bersatu juga adalah sebahagian besarnya bekas pimpinan UMNO.

Tuan Ibrahim berkata, berdasarkan sejarah politik, Pas lebih lama berlawan dengan UMNO dibanding dengan Bersatu justeru, beliau yakin masih ada ruang untuk semua duduk berbincang.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya Pas memilih jalan selamat dengan memilih kerjasama dengan Bersatu dan UMNO, Tuan Ibrahim berkata, Pas
sebenarnya mahu berusaha damaikan untuk penyatuan ummah.

“Kalau gagasan untuk penyatuan ummah tidak ada siapa yang tidak setuju. Semua setuju. Rakyat pun nak tengok begitu,” katanya.

Katanya, beliau yakin masih ada masa untuk perbincangan dan pada masa sama, menasihatkan semua pihak tidak menjadikan media sebagai medan pertelingkahan.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas dijangka memuktamadkan keputusan berhubung isu antara kerjasama dengan UMNO atau Bersatu, minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI