fbpx

Buruh Indonesia dipenjara, sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romli (berbaju batik) yang dijatuhi penjara lima bulan kerana gagal berhenti ketika sekatan jalan raya di Puncak Perdana, tiga minggu lalu.

SHAH ALAM – Tindakan seorang buruh binaan warga Indonesia yang tular sebelum ini dengan gagal berhenti di sekatan jalan raya sehingga melanggar pegawai trafik membawa pada selepas dijatuhi penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Romli, 35, yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) diperintahkan menjalani hukuman tersebut daripada tarikh dia ditangkap selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Sabreena Bakar@Bahari.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan sengaja telah menghalang seorang anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal dengan gagal berhenti semasa pemeriksaan sekatan jalan raya di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Kesalahan tersebut dilakukan di Jalan Puncak Perdana Shah Alam pukul 8.10 pagi, pada 18 September lalu.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu turut dipenjara tiga bulan, satu sebatan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah di lokasi sama dan waktu yang sama mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002).

Berdasarkan kesalahan itu, dia boleh didenda RM10,000, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman dikurangkan susulan mempunyai dua orang anak dan menanggung kedua-dua ibubapanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pegawai polis trafik dari IPD Shah Alam cedera dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Indonesia yang melarikan diri dari sekatan jalan di Persiaran Mokhtar Dahari, -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI