fbpx

Radja vs Repvblik kongsi pentas di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA vokalis daripada dua band popular Indonesia, Ian Kasela (Radja) dan Rury Herdian (Repvblik) akan bergabung menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

BUAT julung kalinya dua kumpulan terkenal Indonesia, Radja dan Repvblik bakal berkongsi pentas dalam sebuah konsert.

Kedua-dua kumpulan tersebut bakal menemui peminat di Malaysia menerusi Radja Repvblik Live In Kuala Lumpur pada 13 November ini pukul 8.30 malam di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).

Vokalis Radja, Ian Kasela berkata, perkongsian pentas bersama kumpulan Repvblik adalah satu sejarah memandangkan situasi sebegitu belum pernah dilakukan dalam mana-mana persembahan, termasuk di Indonesia.

“Belum pernah terjadi sepanjang sejarah karier seni Radja dan Repvblik berkongsi satu pentas.

“Ini bukanlah permintaan saya, sebaliknya pihak penganjur.

“Namun, sejujurnya saya gembira dengan gandingan ini kerana kami memang saling mengenali dan agak rapat.

“Cuma menyanyi atas pentas yang sama belum pernah berlaku ,” ujar Ian yang ditemui pada majlis sidang media pengumuman konsert berkenaan di WTCKL baru-baru ini.

Sementara itu, vokalis kumpulan Repvblik, Rury Herdian Wantogia berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila digandingkan bersama Radja dalam konsert di Kuala Lumpur.

“Sudah tentu saya gembira kerana Radja adalah sebuah nama besar di Indonesia.

“Tambahan pula genre lagu kami lebih kurang sama, jadi diharap gandingan ini akan dapat menarik lebih ramai penonton ke konsert,” ujar Rury.

KONSERT Radja Repvblik Live in KL dibawakan oleh Angkasa Mukmin Sdn. Bhd. akan berlangsung di WTCKL pada 13 November depan.

Selain menyanyikan sekitar 12 buah lagu, termasuk Selimut Tetangga dan Sandiwara Cinta, manakala Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta (Radja), Repvblik juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan menerusi susunan muzik yang berbeza.

“Konsert ini amat istimewa sebenarnya buat Repvblik kerana kali pertama kami akan menghiburkan peminat di Kuala Lumpur.

“Sebelum ini pada 2015 kami berkesempatan ke Kota Kinabalu, Sabah.

“Oleh yang demikian, kami cuba memberi yang terbaik termasuk membuat susunan muzik,” tutur Rury.

Konsert Radja Repvblik Live In Kuala Lumpur dibawakan oleh Angkasa Mukmin Sdn. Bhd. Tiket-tiket berharga RM248 sehingga RM798 boleh dibeli menerusi laman web, www.ilassotickets.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI