fbpx

APMM gagalkan bot penyeludup kuasa tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siva (tengah) menunjukkan rokok jenama LA yang berjaya dirampas pihaknya.

KLANG – Taktik penyeludup rokok menggunakan bot berkuasa tinggi yang mampu mencecah 70 knot ternyata masih gagal apabila berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) di persisiran pantai Batu Laut, Tanjung Sepat dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, APMM Selangor berjaya merampas 84,700 kotak rokok putih jenama LA yang dianggarkan bernilai lebih RM1juta termasuk cukai.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar berkata, kejayaan itu hasil pengesanan radar Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) terhadap satu bot yang mencurigakan sedang bergerak di Perairan Tanjung Gabang.

Katanya, bot tersebut dipercayai dari Pulau Rupat, Indonesia yang jaraknya kira-kira sejam sebelum memasuki perairan negara.

“Bot Petir 83 yang dalam pelaksanaan operasi termasuk Op Contraband Mind telah diatur gerak ke lokasi dan mengesan bot penyeludup yang menggunakan enam enjin atau 1,200 kuasa kuda membawa muatan rokok.

“Menyedari kehadiran kami, bot itu yang dipercayai dinaiki empat individu cuba melarikan diri sebelum dikejar sejauh kira-kira lapan batu nautika atau hampir 25 minit sebelum bot penyeludup terus keluar memasuki perairan jiran,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata beliau, hasil maklumat risikan mendapati bot penyeludup itu baharu sahaja menurunkan sejumlah 70 peratus rokok seludup dibawa mereka di persisiran pantai itu.

Tambah beliau, anggota didarat telah diarahkan ke lokasi tersebut bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua buah lori jenis Hicom berisi muatan 80,000 rokok jenama LA keseluruhanya di dalamnya yang dianggarkan RM750,000 tidak termasuk cukai.

“Bagaimanapun, pemandu lori disyaki telah melarikan diri sejurus menyedari kehadiran bot Petir 83 semasa sedang cuba menghampiri lokasi pendaratan,” jelasnya.

Siva Kumar menegaskan rokok-rokok tersebut dipercayai dibawa masuk dari Indonesia sebelum dijual di bawah harga pasaran untuk menarik pembeli di kalangan perokok tempatan.

“Lokasi pendaratan itu antara salah satu lokasi sering digunakan penyeludup dan tambahan semestinya ada hubungan antara dalang tempatan dan pihak luar dalam merancakkan aktiviti itu.

“Bagaimanapun, kita masih mengenal pasti sindiket mana yang terlibat,” katanya.
Mengulas lanjut, keseluruhan rampasan termasuk dua buah lori yang disita dianggarkan RM992,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI