fbpx

Penduduk ikat bumbung takut diterbangkan Taufan Noru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Kampung Cacar Lama, Paka di Dungun mengambil langkah berjaga-jaga ekoran ramalan Taufan Noru yang dijangka melanda pesisir pantai Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Kegusaran kini dirasai penduduk yang me­netap di pesisir pantai Terengganu termasuk Kampung Cacar Lama, Paka dekat sini ekoran ancaman Taufan Noru yang dijangka membadai negeri ini.

Penduduk perkampungan tersebut juga bimbang struktur rumah mereka yang sedia tidak kukuh dan tebing pantai akan terhakis teruk di­sebabkan angin kencang dan laut bergelora.

Seorang penduduk, Raja Nazri Raja Ngah, 44, berkata, dia dan isterinya, Khanisah Md. Noor, 42, telah membuat persiapan awal dengan ‘mengikat’ bumbung rumah mereka.

Jelasnya, ia bagi memastikan atap rumah tidak diterbangkan angin seperti yang biasa berlaku pada musim tengkujuh.

“Amaran tempias Taufan Noru ini amat membimbangkan apatah lagi rumah yang kami diami sebenarnya tidak lagi selamat diduduki disebabkan ha­kisan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cacar Lama, Paka di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata penduduk perkam­pungan itu masih menduduki rumah mereka yang hanya me­nunggu masa untuk roboh berikutan tiada pilihan lain.

Seorang lagi penduduk, Samsudin Abu Bakar, 45, pula berharap kerajaan negeri Terengganu mengambil tindakan awal dengan menyediakan penem­patan sementara buat penduduk yang dijangka terjejas.

“Tolonglah bantu kami, sekurang-kurangnya binalah ben­teng pasir untuk selamatkan kediaman kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI