fbpx

SPNB jangka pertambahan unit RMR dalam bajet 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizar (tiga dari kanan) menyampaikan replika kunci kepada penerima Rumah Mesra Rakyat Parlimen Parit di Arena Square Parit hari ini. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

PARIT – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menjangkakan pertambahan unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang bakal diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 7 Oktober hadapan melebihi jumlah diperuntukan bagi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Nizar Zakaria berkata, pihaknya percaya, kerajaan akan menyediakan antara 6,000 hingga 10,000 unit RMR kepada rakyat bagi tahun hadapan.

Menurut Mohd. Nizar, sebanyak 5,000 unit RMR diperuntukkan kerajaan kepada rakyat bagi tahun ini di mana 3,000 unit diumumkan pada pembentangan bajet 2022 manakala bakinya 2,000 unit diumumkan pada Ogos lalu.

“Pada 2022 kerajaan telah memberikan 3,000 unit RMR dan kemudian ia ditambah sebanyak 2,000 unit menjadikan 5,000 unit untuk tahun 2022 di mana ada yang telah siap dan ada yang sedang dilaksanakan.

“Saya yakin dan percaya untuk tahun 2023 kerajaan akan memberi sejumlah unit RMR yang perlu dilaksanakan SPNB. Mungkin 6,000 atau 10,000 tapi kita doa biarlah ia banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Program Taklimat Permohonan, Serah Kunci dan Penghargaan Kepada Kontraktor Rumah Mesra Rakyat Parlimen Parit di Arena Square Parit di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nizar berkata, SPNB mempunyai kemampuan serta bersedia sekiranya jumlah RMR ditambah oleh kerajaan melebihi daripada jumlah tahun ini.

“Insya-Allah kita mampu dan bersedia jika kerajaan memberi peruntukkan yang lebih bagi unit-unit RMR untuk dibina kepada SPNB. Kita nantikanlah bajet 2023 dan mungkin perancangan lain kerajaan akan beri tanggungjawab, tetapi kita SPNB memang bersedia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI